Lama tak bersiaran..
Busy dilanda kemelut perasaan dan jiwa..
hokehhh!!
Ari ni nak story pasal cinta baru…
Ntah mengapa…
tiba-tiba hati terjatuh pada RJ atau
nama penuhnya Rose Jepun..
Dulu mak-mak kita panggil bunga pukul sepuluh..
Dah nama nye mak gadis..
tentu obsess dengan bunga..
kalau
tak,
rahimah rahim tak nyanyi lagu gadis
dan bunga..
Cinta I berubah
kepada RJ…
Ini semua salah Dr Burn UPSI..
dia yg bertanggungjawab..
dia
yg memaksa I memupuk rasa cinta pada pokok hiasan…
dia yg memaksa I membeli
segala peralatan menanam ..
dia yg mendesak I membelai pokok hiasan sentiasa… Dia jugak yg bagi nama manja RJ tu...
RJ stand for Rajin Jenguk katanya….
Kisah cinta RJ ni..
sanggup beli online anak benih dan
baja..
sanggup ulang alik kedai 2 hengget beli pasu.. sanggup gaul tanah dengan
sudip lama…
daripada sepasu..berpasu2..
daripada kat bawah hingga
bergantung2..
Bunga ni berbunga pada waktu pagi lebih kurang jam 9.30
hingga 12.30 tengahari..
dalam sepasu..
I tanam 2 colour supaya nampak banyak..
(tu cara I laa.. cara org lain I tak
tau)…
Bahagia bila tengok banyak bunga2 berkembang mekar pelbagai saiz dan
warna..
Tapi sayang..
keje I , masa balik tak menentu..
tapi kalau
nasib I baik.. kul 3.30 petang I balik,
boleh tengok lagi RJ tu tengah galak mekar..
kalau tak.. kena
tunggu weekend laa baru boleh membelai2 RJ ni..
Tapi sebab cinta..
malam2 pun sanggup keluar umah ..
membelai RJ ni.. kasi siram2.. baja sesekali..
cabut rumput.. ade je lah..
pokoknya…
masa untuk dia..
Satu hari, I pegi gathering kawan hubby..
rumah dia banyak sgt
RJ..
Dalam gelap malam tu.. I terjerit excited tengok RJ..
tuan rumah
laki bini cuak.. sambil tanya mana ..
mana
I pelik nape dia tanya mana.. penat I tunjuk tu.. tu..
sambil membongkok dekat2 dgn RJ diorang..
Bila semua orang dah dtg dekat dgn I..
baru I perasan yg diorg
ingat I jerit “anjing”…
Alamak!!!..
maka nya…
Malam tu I jadi mcm Dr Burn..
terangkan pasal alkisahnya RJ
ni dengan penuh perasaan..
My hubby geleng kepala tengok I kena kerumun kat laman
umah kawan dia tu..
Yg bestnya…
berbaloi laa I menjadi penceramah free malam
tu.. Lusanya, I dapat banyak benih RJ perbagai colour daripada tuan umah tu..
bila balik
tanam, I dapat 7 pasu besar yg I gantungkan kat sisi umah I..
So .. I namakan RJ tu "LieAnj"
sempena nama tuan umah tu
Roslie…
Anj tu…. Korang paham2 le erkkk…
eerrmmm ..
panjang pulak story malam ni...
jangan boring tau...
nanti I sambung lagi bab "Cinta Baru" I ni..
ni I belanja sikit gambau mula2 ber RJ..
(penat amat... tapi gatai gak nak menulis ..)
*kala hati terlalu sakit terluka.. diam diharapkan mampu mengawal sendu