One day, my bff a.k.a silent reader tanya..
ada update blog
ke lately?..
See?
Betapa lamanya tidak meng “hapdate” blog oleh saya…
Ok… mr idea..mariiiiii please!!
Sebenarnya lama dah nak cerita pasal satu benda yang mungkin
pada orang lain remeh.. tapi bagi sayo..
ia melibatkan sikap dan penampilan
seseorang..
Ceritanya begini..
Satu petang yang panas amat, sayo singgah beli air kelapa
lemon di tepi jalan masa on the way nak balik rumah. Sambil2 mata melilau ke
meja jualan.. Nampak keropok lekor mcm sedap, ke pisang goreng, ke tempe
goreng, ke otak2 popia, ke jelly
kelapa..ehhh! menggoda mata dan selera.. (stat
melalut ke laut)
Tunggu lah sayo,
air kelapa siap dibungkus dengan popia otak2
di goreng, sayo berangan bawah mentari
terik ..
datang sorang boy ni…berpeluh2
mengayuh basikal..
dia park betul2 sebelah sayo yang syok melayarkan bahtera
angan..
“keropok lekor ni
berapa singgit?”, tanya boy tu kat kakak manis jual air kelapa.
“singgit 4 keping dik”, kakak manis pun jawab tanpa
memandang pun that boy.
Seketika sayo lihat boy keluarkan syiling lalu mengira2..
disebabkan dia dekat sangat dgn sayo,
sayo nampak x cukup lg sposen untuk jadi
singgit.
Kelihatan muka hampa that boy.
Sayo pantas mencuit bahu that boy,
dan mintak dia tunggu
jap.
Sayo mintak kakak manis ( tp taraaa senyum) yg on duty
bungkus keropok lekor tu bungkuskan keropok lekor 3 hengget dgn air kelapa
lemon 1…
dah siap bungkus, sayo mintak kakak manis bagi kat that boy… that boy
just pandang sekilas kat sayo sebelum sayo senyum dan anggukkan kepala
padanya..
Tanpa apa2 kata.. that boy mula mengayuh beskalnya.. berlalu
meninggalkan sayo yang masih dok senyum sensorang… Dari jauh sayo nampak wajah
lega dan bahagia dia sambil menyedut air kelapa lemon di bawah mentari terik..
bahagia hati seorang ibu dapat memenuhi kehendak anak..
Dah dapat apa yang sayo order,
sayo pun balik jugak laa… namun, dalam kepala dok
terfikir.. that boy berlalu begitu saja td.. tanpa sepatah kata..
jujur sayo
katakan, kebahagiaan sayo td tidak lama…
sayo mula terfikir, mana ucapan terima
kasihnya untuk sayo??
Tidak cukupkah setitis kasih yang sayo berikan tadi?
Atau sayo salah mendambakan terima kasih daripada that boy?
Sumpah sayo ikhlas dengan apa yang sayo buat..
tp menjadi
persoalan kepada sayo, susah sgt ke untuk berterima kasih atas kebaikan orang
lain??
Repeat…
Point nye.. sikap mengucapkan terima kasih tu…
sayo terbawa2 dengan persoalan itu sehingga
my princess balik dan riang menyambut jajan daripada sayo…
masing2 berebut
memilih apa yang mereka suka..
dan sama jugak.. sayo ditinggalkan bersama baby
niyaz di ruang tamu… juga tanpa ucapan terima kasih…
Now sayo dapat konklusinya…
perlakuan dan sikap anak2 adalah bergantung kepada cara didikan ibu bapa di rumah..
pendidikan ibu bapa penting
dalam pembentukkan sikap dan sahsiah anak-anak… why pulak???
sayo sendiri tidak pernah
mengucapkan terima kasih kepada princess sayo yang menolong sayo buat sesuatu..
sayo jugak tidak mengajar princess sayo mengucapkan terima kasih apa bila
mendapat sesuatu atau dibantu sesiapa… sayo salah kerana memandang remeh aspek
menghargai dengan ucapan terima kasih…
Boleh jadi boy tadi mempunyai ibu seperti sayo..
yang tidak
mengajarnya untuk mengucapkan terima kasih.. Anak-anak jadi sempit kerana gagal
mentafsir bahawa berterima kasih akan memberi impak yang besar..
anak-anak
tidak tahu, dengan berterima kasih, orang yang memberi atau membantu akan rasa
usaha dan bendanya dihargai..
dalam kes boy and keropok lekor tadi..
boy itu mungkin tidak
tahu betapa bahagianya sayo melihat dia dapat makan keropok lekor idamannya,
dapat minum air kelapa bagi menghilangkan dahaganya..
gembiranya naluri keibuan
sayo kerana dapat mengembirakan dia…
betul lahh agaknya..
that boy tak tahu..
sayo hanya dambakan kasihnya..
melalui ucapan terima kasih…
Makanya (lama tak guna term ni)..
usai dinner malam tu..
sayo minta (paksa sebenarnya) princess
sayo mendengar keluhan sayo di meja makan..
my hubby tau something will happen,
dia pantas bangun untuk memangku bby
niyaz.
(buat-buat tak bersalah la tu)
“Kak dik, nana… kita kena jadi princess yang bijak dan
cantik . Princess yang cantik tu baik hati dan sopan santun.. sentiasa membantu
orang dalam pelbagai cara ikut kemampuan. Princess itu juga akan dibantu oleh orang lain..
Jadi , princess yang baik akan dapat
balasan yang baik-baik juga.
Nanti..
bila orang lain membantu kita, kita jangan sombong dan kedekut. Orang dah tolong kita.. kita kena
ucapkan terima kasih sebab kita tau orang tersebut sangat gembira membantu
kan?.. nanti princess ibu akan jadi bijak, cantik, baik hati dan sopan santun
bila mengucapkan terima kasih kepada orang lain.. betul tak?” (seperti biasa,
ibu memilih ayat dan contoh yang paling senang anak2 hadam)
Lega rasa hati ibu ni.. selepas beberapa siri soal jawab dan
konklusi daripada semua, my princess dapat diajar supaya mengamalkan sikap
berterima kasih..
harap surut rasa kegagalan mendidik anak2 dijiwa ini…
Alih2 .. babah bersuara..
“meeting dismiss… semua ambil
tugas masing2.. babah bawak bby niyaz tengok badminton kat depan”
Alaaaa… mana aci…
sayo dan princess je yang kena settlekan dapur!!
#terima kasih kerana sudi singgah.. terima kasih kerana sudi
membacanya hingga ke titik terakhir ini.