Thursday, 18 February 2016

Panjat pagar

Hati ni ...Kalau panas ..susah nak surut..

geram betul dengan Nana , my second princess hari ni..
sebabnya...dia lupa bawa kunci rumah..
turun drp bas td.. dia just bagi salam 3 kali je.. 
(tak dengar ibu jawab katanya)
dia lontarkan beg dan bekas bento dia ke dlm pagar rumah..
terus dipanjatnya pagar tu..
(nasib baik pakai baju sukan hari ni)

I di dapur uruskn sedikit lg hidangan utk dia jugak.. 
sb dah tau time2 tu dia balik..
terkejut dengar dia ketuk pintu kuat2..
cuak pun ada.. 
sambil berkejar ke depan, hati lebih laju dr kaki..

biasalah.. 
first2 mesti kena marah bila dia cakap dia panjat pagar..
mulut ni ringannn je berkhutbah..
dia diam je sambil pelan2 bukak kasut..
bila Nana dah berdiri mengadap i utk masuk..
mata kami bertentangan seketika.. 
(sebab Nana sama tinggi dgn i dah.. padahal baru 11 tahun)
nampak letih sgt dia.. haus dan lapar barangkali..
automatik stop mulut nk sambung bebel..

Sesi lunch hari ni krik krik krik  (senyap)..
tak de cerita2 sekolah Nana hari ni..
I pun ikut senyap...
padahal dlm kepala dok fikir macam2 pasal td..

"Ibu.. sorry eh.. td nana panjat pagar", sambil lap tangan nana mengadapku dok kemas meja..

I ajak dia duduk sekejap.. tanya kenapa panjat..

"Nana lupa bawak kunci.. nana dah bg salam 3 kali.. 
tp ibu tak dengar.. ibu kata.. kita bg salam 3 kali.. 
kalau x de jawapan jgn bg lagi.. 
tu sebab nana panjat.. panas laa ibu.. nana haus. 
sebab tu nana ketuk pintu kuat2.. 
takut ibu tak dengar jugak salam nana bagi kat pintu umah", panjang lebar jawabnya..

terkedu i bab bg salam 3 kali tu...
I selalu bengang kalau kawan2 dia dtg. 
dok panggil2 dia byk kali.. 
wlpun kadang2 dia tak ada di rumah.. 
ermmm...
nampaknya ilmu i salah praktik laa...kena balik ibu!
terkial2 lg nak explain.. 
suka la my princess bg i speechless..

then.. 
rasa bersalah pun datang menerjah diri..
kenapa laa cepat benar hangat hati tu datang tadi..
 tanpa tau kondusinya..
i dah membebel mcm laa nana buat salah besar benar..
kesian anakku.. 
dah laa panas, penat, lapar, haus.. kena marah pulak..

"ok tak ibu maaf dari nana tu? " 
mati terus hal2 yg dok berperang dlm otak ni..

"Ok nana.. ibu sentiasa maafkan nana.. 
tp lain kali jgn buat lagi.. 
nana tau apa sebab ibu marah sgt td?"

"ibu jelaskan.. nana tak nampak salah nana yg ibu nampak" uisshh anak ini...

"satu, nana panjat pagar.. kan tinggi pagar tu.. 
kalau nana jatuh macam mana? mesti luka ke patah ke, nana yg sakit kan?

dua, nana pretty girl kan.. tak sopan panjat2 mcm tu.. nampak lasak dan ganas princess ibu.

tiga, kalau org nampak nana panjat pagar, 
nanti apa pandangan orang? 
boleh jadi org fikir rumah kita senang diceroboh kan..

sebab tu ibu marah nana tadi.. nana faham kan?

Nana just angguk kepala..

"ok dah,, 
ibu pun minta maaf sebab kuat suara ibu kat nana td"

i hulurkan tangan utk salami nana.. 
sebelum nana sambut dan memeluk i..

" sayang ibu." ujarnya,, sebelum beredar ke depan..

dan I??

ditinggalkan dengan mata berkaca.. 
terharu bila diri disayangi..




*pinjamkanmatatelingadanjarimu..dengarkan aku

Monday, 15 February 2016

kisahnya.. kenapa mulut satu?

Sedang leka menyusukan my little Niyaz, Kak Dik (my third princess) memelukku dari belakang.. lantas dicium pipi kanan dan kiriku sebelum dia beralih duduk menghadapku. Dicium dahiku sebelum jari-jari debabnya menutup kedua belah mataku seketika.. dan dicium pula hujung bibir kananku.. kami saling bertukar senyum..
Haishhh!! ada laa benda dia nak ni.. 

Dipicitnya hidung kemekku dan mula bersila dihadapanku... 


"Ibu,, kenapa kita ada dua telinga, dua mata..dua pipi tapi kita ada satu jer mulut ibu?"  

Kann!! dia dah stat menguji minda ibu dia.. 
Hai laa anak.. (ligat otak maknya dipaksa berfikir petang-petang ni)

"Kenapa mulut satu ye? ermmm" (masih cari idea)

"Sebab kita perlu dengar baik-baik sebelum menjawab.., lihat betul-betul sebelum cakap.. 
mulut satu sebab mulut selalu akan cakap apa yang kita dengar.. apa yang kita lihat..." 

(Boleh ke jawapan mudah gitu untuk fahamkn anak kecilku? kena jawab cepat kottt!!)

Nyata dia pandang polos mukaku.. tak puas hati lagi laa tu...

kapalterbangkertasbiru
kawan gaduh baik 

"Ok.. contohnya, kak dik tak dengar betul-betul apa yang ibu tanya,,, kak dik boleh ke jawab soalan ibu tanya? .. tak boleh kan? sebab kak dik tak tau  ibu tanya apa.."

"Lagi contoh.. kalau kak dik tak tengok betul-betul apa yang ibu pegang kat tangan ni... kak dik tau tak apa yang ibu pegang?.. mesti kak dik tak tau kan?.. "


Jadi.. 
Allah buat dua telinga supaya kita boleh dengar dengan jelas dan pasti apa yang kita dengar..
Allah buat dua mata supaya apa yang kita tengok adalah benda yang betul-betul  ada...
Kak dik kena gunakan dua-dua telinga dan dua mata supaya kak dik cakap benda yang benar dan betul sahaja.. bukannya benda yang kak dik reka-reka saja.."


"Oowhh... telinga lebih dari satu, mata lebih dari satu sebab Allah nak kita guna lebih banyak daripada mulut laa ye ibu?" 

Alamak!! makin banyak soalan kak dik lagi lepas ni rasanya...

I tarik tangan kak dik dan baringkan dia di sisiku.. menepuk lembut pehanya..
(penat balik sekolah .. kenyang lepas makan.. senang nak tidurkan ni)

"Ye sayang.. Allah nak kita gunakan mata dan telinga kita sebaik-baiknya.. begitu juga mulut.. " harap jawapan ni akan lebih dia faham.

Kak dik diam dan memejamkan matanya.. cepat-cepat I suruh kak dik baca "Bismillah" sebelum dia tertidur.. 

Usai kalimat "Bismillah" dibaca.. "Ibu, kalau macam tu.. Allah mesti nak kita gunakan tangan dan kaki lebih banyak daripada mulut kan ibu?...  jari-jari lagi banyak kan ibu?" 

Arghh sudah!!! sambil mata pejam .. ada lagi soalan cepumas dia!!

Pantas I jawab "ye sayang".. sebelum melarat... 


Untungnya surirumah dapat membesarkan harta tidak ternilai ini sebaik mungkin sendiri.. menyaksikan kecil ke besarnya dgn mata hati sendiri.. mendengar keluh resah, suka duka kecindan nya dgn telinga jiwa sendiri.. membelai kasih dan sayangnya dengan roh dan nurani sendiri.. 


*duka bukan untuk dia...hanya aku

 

Monday, 12 October 2015

Ceritera Keldai Yang Bodoh

Seperti rutinnya saban tahun, memberikan sumbangan kecil kepada anak-anak pelajar dalam bentuk artikel untuk memenuhi ruangan karya guru majalah sekolah.. 
Malangnya... kondisi badan kini yang tidak mengizinkan seperti selalu...
 idea kurang "mari" untuk berceloteh.. 

setelah diberikan masa yang singkat.. 
taraaaaa...
 ini je yg mampu diperah oleh akal.. 
sebenarnya.. ceritera ni dah pernah i tulis dlm buletin kelab.. 
cuma kali ini.. i kembangkan sedikit penceritaannya.. 
sesuai utk semua kot... (insya allah)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ceritera Keldai Yang Bodoh

            Dalam sebuah hutan, tinggal seekor keldai yang selalu dipinggirkan oleh rakan haiwan yang lain. Ramai yang tidak mahu berkawan dengan keldai ini kerana mereka menganggap keldai ini bodoh dan dungu kerana selalu sahaja keldai ini gagal membuat keputusan yang salah dan menyusahkan. Maka, tinggallah keldai yang bodoh ini dipinggir bukit yang agak jauh dari rakan haiwannya yang lain.
            Setiap hari, keldai yang bodoh akan  berjalan ke sungai untuk minum air. Keldai tersebut perlu melalui satu lembah yang sempit, berbatu dan curam. Sampai di kaki bukit, keldai itu selalu  terhantuk kepalanya pada seketul batu besar yang menghalang laluannya. Keldai itu teruskan juga berjalan ke sungai walaupun kepalanya benjol dan sakit. 
            Pada hari berikutnya, keldai bodoh itu hendak ke sungai lagi dan perlu melalui jalan yang sama. Sampai di kaki bukit yang sama, keldai bodoh itu sekali lagi terhantuk pada batu yang sama. Makin besarlah benjol di kepalanya dan bertambahlah sakitnya.Begitulah rutin yang dilalui oleh keldai itu. Kesakitan demi kesakitan dilalui kerana dia tetap perlu ke sungai untuk minum.
              Suatu  hari, keldai bodoh masih ke sungai untuk minum. Juga melalui jalan yang sama. Sampai di kaki bukit berbatu besar itu, keldai yang bodoh itu berhenti seketika sebelum menghampirinya. Setelah lama berfikir, keldai yang bodoh memutuskan untuk membuat sedikit lencongan untuk mengelakkan batu yang besar tersebut. Walaupun laluan yg baru tersebut lebih jauh dan sukar, tetapi keldai tersebut tidak terhantuk lagi pada batu yang besar itu. Akhirnya dia menemui cara yang betul untuk turun ke sungai agar tidak terhantuk kepada batu yang sama.
            Sesudah menemui jalan penyelesaian, keldai itu pun berjalan ke sungai tanpa terhantuk lagi pada mana-mana batu besar dilaluannya. Tiada lagi kesakitan di kepalanya dan dia mampu minum dengan nikmatnya. Keldai itu sangat gembira kerana usahanya berhasil akhirnya.
           Itu ceritanya keldai yang bodoh. Oleh itu kita mungkin pernah mendengar ayat ada menyatakan “Keldai yang bodoh pun tidak akan terhantuk di batu yang sama”. Moral daripada cerita ini, walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia juga tidak mahu mengalami sakit yang sama akibat melakukan kesilapan yang sama. Dia mengambil langkah berfikir, mencari penyelesaian dan seterusnya mengelak daripada melakukan kebodohan yang sama berulang-ulang kali. Pendek kata, walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia tidak mahu kebodohannya itu  berterusan. Untuk kebaikan dia sendiri, keldai itu sanggup berusaha sedaya upayanya.
           Oleh itu, anakanda sekalian, anda semua telah pun mengalami dua kesakitan sebelum ini. Pertama, semasa mendapat keputusan peperiksaan UPSR yang kurang memuaskan barang kali. Keduanya, semasa mendapat keputusan peperiksaan PT3 yang lepas. Justeru, sanggupkah anda merasai kesakitan yang sama? Tidakkah anda tahu apa kebodohan yang telah anda lakukan? Perlukah anda untuk kesekian kalinya mengulang kesakitan dan kebodohan yang sama di dalam peperiksaan SPM kelak? Terpulang kepada dirimu sendiri anakanda sekalian. Tepuk dada tanya akal. Ingat, kalau keldai yang bodoh itu pun menemui jalannya, mengapa tidak anak-anak yang memiliki akal yang sama sahaja dengan orang lain, juga berjumpa dengan penyelesaian yang terbaik untuk dirimu.
                       Persoalan sekarang bukannya pandai atau bodoh.. Pokoknya, hendak atau tidak. Mahu atau enggan untuk mengubah dirimu.. Ingat juga satu perkara. SPM akan menentukan SIAPA dirimu di dunia (sahaja) selepas ini. Jika kamu masih bodoh sombong hendak mengharungi kebodohan dan kesakitan yang sama, terserah sahaja pada dirimu juga. Selagi ada masa, renung-renungkan lah. Berangan lah sebentar, siapa kamu nanti pada masa akan datang. Cepat-cepatlah bangkit jika angan-agan kamu itu sangat indah. Bimbang nanti semua angan-angan itu akan hanya jadi kenangan...

*andai cinta itu air mata

Sunday, 4 October 2015

Mentari memujuk hati

Jerebu oh jerebu... di luar kelam.. dihati kelam... 
entah emosi apakah.. dibuai rasa hiba.. 
kejamkah andai jerebu dijadikan punca...

Hikmah musibah... jemari lantas mencatat emosi di dalam naluri... 
melahirkan tinta bicara... dengarkanlah...



Mentari memujuk hati….menghadirkan pelangi

selepas gerimis tidak diundang

Indah warna pelangi berbilang

Mewakilkan maksud hati….. Jua beribu erti


Biru kelam hati dirundung malang

Jingga riang namun hati walang

Merah membara rasa rindu

Hijau damaikan hati diamuk cemburu

Ungu baldu hati disapa sayu

Kuning cerah ..hati resah

Putih polos hati pasrah



Mentari nan satu...

Memanah ... mencairkan...

Kelam.. mengundang kelabu..

Gelap dilitupi mendung..


Namun.. 

Tidak pernah gagal.. mentari memujuk hati

dalam segenap apa hadirnya ia..


Indahnya pelangi,,

Hadirkan keindahan jua dalam hidupku..


Selagi jasad bernyawa …






* Cukup jika hanya didengari... 


Saturday, 19 September 2015

Mampu

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi daripada apa yang mampu dihadapinya...

Ungkapan itu hanya mampu diterima apabila diri telah lelah bersedih dan mengenang peritnya disakiti dgn pelbagai musibah.. Kala hati telah mampu bertenang.. kata-kata itu disebut utk mencuri semangat untuk terus bangkit mencari noktahnya derita.. 

Jiwa tersasar .. ketika datangnya satu ujian.. akan dihambat pelbagai dugaan dalam masa yg sama..serentak.. membuatkan hampir hilang jiwa.. sayu, pilu, air mata.. marah, benci, dendam.. down, useless semua bergaul dalam diri dan emosi mempengaruhi tindakan dan perasaan.. sehingga utk melelapkan mata adalah satu yg amat berat untuk dilakukan. 

Benar Allah tempat mengadu, maha Pengasih lagi maha Penyayang.. maha mendengar segalanya..
 
Sedar diri insan lemah, perlukan jua insan untuk melepaskan segala yg terbuku dihati.. mulut ingin meluahkan.. hati sedih ingin dikongsi.. jiwa sayu ingin didengar.. emosi amarah ingin disirami damai.. namun.. risau menjengah.. silap langkah bertambah rebah.. silap hitung jatuh tertinggung.. silap menilai diri tergadai... 

Maaf jika kurang bijak menebak. maaf jika kurang tepat menempat.. maaf jika mengganggu..

Dalam doa-doa mengadap Pencipta.. dipanjangkan bicara agar dikurniakan hati yg tabah, jiwa yg tenang, emosi yg aman.. dimohon jua ditunjukkan jalan yg mudah agar tidak tersakit dan disakiti.. diminta agar dilindungi jiwa dan jasad dlm peliharaannya.. demi kelangsungan hidup.. dan insan2 yg menyayangi diri.. didoakan agar semua yg baik dan buruk adalah manafaat semata..

kapalterbangkertasbiru


*seketika.. beradalah ditempatku.. rasakan..

Sunday, 13 September 2015

Berlagu

Baju biru... mood biru.. jiwa salju.. 

Terfikir.. bagaimanakah rupa badut menangis.. 

namun ..hati dirundung hiba.. 
tidak memilih siapa..
duka datang dalam berjaga..
ibarat  luka disimbah cuka...

Pujangga  berlagu...

          semuanya telah ku berikan...
          harta..cinta dan kasih sayang...
          
          apakah belum kau dapatkan..
          bahkan nyawa ku pertaruhkan..

tinggal berlagu dibibir menutup sendu..



Seniman bergurindam... 
menjamu telinga dalam berdiam..

apa  aku telah lakukan kesalahan yang mendalam
sampai hati kau lakukan itu

kali ini ku tak bisa menerima kenyataan
kau tak lagi setia padaku

aku patah hati..sungguh-sungguh..
aku patah hati...keranamu

aku akan pergi.. kerana kamu..
terlanjur menyakiti hatiku






*sampai bila...

Wednesday, 9 September 2015

Kata-kata itu kita

emmmm... nak dimulakan dimana ye?

dalam entri bahasa jari vs bahasa lisan.. 
pernah diluahkan tentang impaknya bahasa pada diri ini...
kali ini.. 
masih lagi berkaitan bahasa lagi... 
masih lagi berkaitan bahasa bukan lisan di media sosial.. 
sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.. 
di mana.. 
gajet menjadi alat wajib ada yang sama tarafnya dengan keperluan asas manusia teratas 
dalam carta  mengikut teori Maslow...                        
 ( ewahhh...teringat cgu zul ajar Perdagangan)

mungkin pada sesetengah orang, apapun yang ada dihati, akan terbit dibibir dan terluah dalam komunikasi bukan lisan seperti di whatsapps, weechat, fb 
dan segala macam medium sosial yang lagi pantas masa kini. 
orang sebegini selalunya cermat orangnya... 
"kesah" pasal dirinya dan orang persekitaranya. 
Jarang bahasanya merapu.. 
cukup takut baginya.. 
jika apa yang diperkatakan memberi implikasi negatif pada keadaan dan masa. 

tapi banyak orang.. tidak sama... 
kata-katanya mungkin sindiran  utk menyedarkan... 
mungkin kata-katanya bidalan yang menjadi andaian semata.. 
mungkin kata-katanya telus menjurus... 
mungkin kata-katanya sekadar alas menjaga hati .. 
mungkin juga kata-katanya dusta mengelak diri... 
mungkin juga kata-katanya berupa imaginasi naluri.. 
mungkin kata-katanya helah membela diri...
dan segala mungkin lagi.. 
siapa tau kann...

pendek kata...  
kuasa bahasa dalam komunikasi bukan lisan ni....
memberi 1001 implikasi dan komplikasi.. 

Bagaimanapuunnnnn.... 
pada i, (it's me... nar) ... 
bahasa dalam konteks komunikasi bukan lisan ni... 
berkait rapat dengan sikap dan sifat si penuturnya... 
bagaimanapun bahasa yg dituturkan ... 
akan menzahirkan siapa gerangan si empunya diri.. 

sebab tu orang-orang tua pesan.. 
jangan cakap banyak... sebab.. 
makin banyak cakap.. makin banyak yang tersingkap... 

tengok aje job kaunselor (how are u sir?)... 
akan berusaha membuat client bersembang.. 
walaupun tidak menjurus ke arah topik persoalan.. 
tanpa sedar... at the end... 
keduanya dapat "keluar" dengan aman...

Makanya... ( i sukaaa guna this term).. 
hati-hati bila berbicara bukan lisan..
(kena banyak2 ingatkan diri neh!)...  
fikir2 sebelum update status di wall fb.. line.. weechat.. 
fikir2 sebelum send respon di group whatsapps.. 
telegram or other else... 
melaluinya.. 
orang akan kenal siapa kita....so do i kenal siapa u... 

hmmmmm... cukup la tu... 
last but not least.. 
prinsip i... 
jarang kata-kata tidak jujur dengan sikap... 
#proudnocrowd...yeahh!!!


*talk to me.. no sindir2 eh...