Monday, 25 May 2015

Bawa.. ku bawa

Mood kepenatan ... kerja 7 hari seminggu...
melayani youtube... 
dan lagu ini menjentik tangkai hatiku..

Satu hari nanti .. Najwa Latif..



Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Tadi pagiku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan


Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti...Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan

Siapa yang halau
Dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut
Hantar aku ke hujung

Lambai selagiku wujud
Senyum selagiku berdiri
Senyum selagiku berjanji

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan


* tidak mudah untuk meledani hati.. 

Tuesday, 19 May 2015

Cinta Baru

Lama tak bersiaran..
Busy dilanda kemelut perasaan dan jiwa..

hokehhh!!
Ari ni nak story pasal cinta baru

Ntah mengapa… 
tiba-tiba hati terjatuh pada RJ atau 
nama penuhnya Rose Jepun..
Dulu mak-mak kita panggil bunga pukul sepuluh..

Dah nama nye mak gadis.. 
tentu obsess dengan bunga.. 
kalau tak, 
rahimah rahim  tak nyanyi lagu gadis dan bunga..

Cinta I berubah  kepada RJ…
Ini semua salah Dr Burn UPSI.. 
dia yg bertanggungjawab.. 
dia yg memaksa I memupuk rasa cinta pada pokok hiasan… 
dia yg memaksa I membeli segala peralatan menanam .. 
dia yg mendesak I membelai pokok hiasan sentiasa…  Dia jugak yg bagi nama manja RJ tu... 
RJ  stand for Rajin Jenguk katanya….

Kisah cinta RJ ni.. 
sanggup beli online anak benih dan baja.. 
sanggup ulang alik kedai 2 hengget beli pasu.. sanggup gaul tanah dengan sudip lama… 
daripada sepasu..berpasu2.. 
daripada kat bawah hingga bergantung2.. 

Bunga ni berbunga pada waktu pagi lebih kurang jam 9.30 hingga 12.30 tengahari.. 
dalam sepasu.. 
I tanam 2 colour supaya nampak banyak.. 
(tu cara I laa.. cara org lain I  tak tau)… 

Bahagia bila tengok banyak bunga2 berkembang mekar pelbagai saiz dan warna..

Tapi sayang.. 
keje I , masa balik tak menentu.. 
tapi kalau nasib I baik.. kul 3.30 petang I balik, 
boleh tengok lagi RJ  tu tengah galak mekar.. 
kalau tak.. kena tunggu weekend laa baru boleh membelai2 RJ ni..

Tapi sebab cinta.. 
malam2 pun sanggup keluar umah .. 
membelai RJ ni.. kasi siram2.. baja sesekali.. 
cabut rumput.. ade je lah.. 
pokoknya… 
masa untuk dia..

Satu hari, I pegi gathering kawan hubby.. 
rumah dia banyak sgt RJ..
Dalam gelap malam tu.. I terjerit excited tengok RJ.. 
tuan rumah laki bini cuak.. sambil  tanya mana .. mana
I pelik nape dia tanya mana.. penat I tunjuk tu.. tu.. sambil membongkok dekat2 dgn RJ diorang..

Bila semua orang dah dtg dekat dgn I.. 
baru I perasan yg diorg ingat I jerit “anjing”…
Alamak!!!.. 

maka nya…
Malam tu I jadi mcm Dr Burn.. 
terangkan pasal alkisahnya RJ ni dengan penuh perasaan.. 
My hubby geleng kepala tengok I kena kerumun kat laman umah kawan dia tu..

Yg bestnya… 
berbaloi laa I menjadi penceramah free malam tu.. Lusanya, I dapat banyak benih RJ perbagai colour daripada tuan umah tu.. 
bila balik tanam, I dapat 7 pasu besar yg I gantungkan kat sisi umah I..


So .. I namakan RJ tu "LieAnj" 
sempena nama tuan umah tu Roslie… 
Anj tu…. Korang paham2 le erkkk…

eerrmmm ..
panjang pulak story malam ni... 
jangan boring tau... 
nanti I sambung lagi bab "Cinta Baru" I ni..

ni I belanja sikit gambau mula2 ber RJ..

(penat amat... tapi gatai gak nak menulis ..)


kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru





*kala hati terlalu sakit terluka.. diam diharapkan mampu mengawal sendu

Thursday, 2 April 2015

Jika jangan...

Jika tak mampu memberi..jangan mengambil
Jika tak mampu mengasihi.. jangan membenci
Jika tak mampu menghargai.. jangan mengambil
Jika tak mampu menghibur..jangan menyedihkan
Jika tak mampu  meringankan ..jangan membebankan
Jika tak mampu memuji..jangan mengeji
Jika tak mampu menyinta ..jangan menghina
Jika tak mampu membahagiakan.. jangan mendukakan
Jika tak mampu menjaga..jangan menduakan


Terlalu mencari kesempurnaan..
hingga lupa untuk sempurnakan...

#kumohonbahagia



Monday, 2 March 2015

Mood cuti sakit

Mood cuti sakit..

Al kisahnya,, semalam ke klinik... Encik Doc baik sekali sebab bagi MC untuk rehat2 kan diri dan minda..

ingat bahagia la di rumah.. melayan teman2 laman sosial.. tapi ..lain jadinya... 
gurau senda jadi sikit huru hara...
 adoiii laa
sakit mak macam ni nakk....

emmmmmm..
ok fine... kita diam dan fikir sejenak...

berkata-kata kala diri sendiri tak keruan.. bahaya..
bercerita pada bukan yang tepat..bahaya
percaya pada yang tak pasti.. bahaya
yakin pada yang mungkir.. bahaya
ikut kata hati ..... bahaya
mendesak orang ... bahaya
mengikut melulu ... bahaya
menentang ...bahaya


lalu.. apa yang tak bahaya??
ermmmmm...
ntah laaa labu...

apapun...
saat diri sedang sakit.. 
terutamanya yang sakitnya tu dihati...
begitu banyak cubaan dan dugaan turut menjengah..
fikiran bercelaru.. minda membeku
bicara tak sama di antara tangan, mulut dan minda..

hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang esa..
kuatkan diri.. tabahkan hati..
positif dan positif..

ragu-ragu.. cepat la pergi..
tidak yakin ..cepat la berlalu
tidak percaya.. cepat la hilang
was-was..cepat la ghaib

penatnya...



ooopss!!
macam mana laaa pencapaian anak2 kprean dlm spm ari ni??
dag dig dug ..di dalam hati.. 
hingga ke minda.. hingga ke bicara..



*maafkan kan lah.. semua ini kerana sayang.. teramat






Thursday, 26 February 2015

I love you

Tiba-tiba... terdengar lagu ni.. 
layan... 





Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu 
walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu
 tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu 
biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu 
dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..



* saat hati terasa ... 

Wednesday, 25 February 2015

Okey.. 
masih dalam mood nak share karya kecil untuk tatapan anak2..
setiap apa yang diluahkan dlm penulisan,, 
menjadikan i lebih jujur.. lebih menghargai..
lebih berhati-hati.. 

agar sakitnya.. orang lain tidak merasainya..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KHILAF KENANGAN

            Aku menjeling sekilas meja di sebelah kiriku sebelum duduk. Daripada ekor mata dapat aku rasakan dia seolah-olah bersedia untuk menghulurkan salam perkenalan. Aku mencapai botol minuman di penjuru meja, lantas meneguk rakus seusai membaca kalimah Atas Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Perit rasa dikerongkong setelah tamat dua masa pengajaran di Tingkatan 5 Bestari menyurut. Namun, aku masih membeku tanpa menoleh, apa lagi mahu menyapa “jiran” baru itu.

            Keluar daripada bilik Penolong Kanan Ko Kurikulum dengan satu perasaan  yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. “Memandangkan beban kerja awak semakin bertambah kebelakangan ini, saya akan memberikan Jawatan Ketua Penasihat Pandu Puteri kepada Cikgu Nini yang baru datang tu ye”

            Tutur kata lunak daripada Encik Zainal aku rasakan sekadar menyedapkan hatiku sahaja. Jawatan Ketua Penasihat Pandu Puteri yang aku sandang hampir enam tahun akan bertukar tangan. Sungguh aku benar jatuh cinta dengan persatuan ini. Komitmen dalam lain-lain tugasan sejak akhir-akhir ini memaksa aku memilih untuk menjadikan ia sebagai pilihan kedua.

            “ Ermm.. kak”, antara dengar dengan tidak aku menoleh ke arah Cikgu Nini sekilas, mohon disambung apa hajat yang hendak disampaikan. Seketika baru Nini menyambung kebimbangannya dengan jawatan yang baru diberikan.

             “ Saya harap akak sudi bagi saya tunjuk ajar”.

            Aku pasti itu penyudah ayat dia. Aku mengangguk lambat. Hati sebenarnya memberontak untuk menyatakan mengapa aku dingin terhadapnya. Khabar angin sebelum dia datang disampaikan Pengetua menyatakan ada guru baru yang akan ditukarkan ke sekolah aku kerana tidak boleh menghadapi tekanan di sekolah lamanya. Ia cukup membuatkan aku merumus sendiri sikap cikgu itu mesti suka mengelak tanggangjawab. “Tak payah jadi cikgu kalau tak nak tekanan”, gumamku semasa taklimat mingguan guru petang itu.

            Seminggu kemudian, aku terpandang Modul Panduan Buku Log Ahli Persatuan Pandu Puteri di atas mejaku pagi-pagi hari Rabu. Aku menyelak sedikit untuk melihat isi kandungannya sebelum meletakkan di atas timbunan buku latihan pelajar. Aku mengikut cikgu-cikgu yang lain yang mula bergerak ke tapak perhimpunan ko kurikulum.

            “ Kak, saya dah letak modul atas meja akak. Nanti akak tengok eh, boleh ke tak saya guna modul tu.”  Melihat aku sekadar mendiamkan diri, Nini pantas menyambung,    “saya tak tahu la kak macam mana nak jalankan aktiviti. Jadi saya dah rujuk fail-fail pengurusan akak kat bilik koko. Sebab itu saya buatkan modul untuk mudahkan saya faham pengendaliannya. Boleh ye kak?”. Segan apabila menyedari beberapa rakan lain memandang ke arah kami, aku berjanji akan menyemak bila berkelapangan nanti.

            “ Nini”, aku menuntut dia mengalihkan pandangannya kepadaku. Nini cepat-cepat meletakkan penanda buku di antara muka surat novel yang sedang dibaca dan terus berpaling menghadap aku yang sedang berdiri. Akur dengan keberkesanan modul itu, aku bersetuju menggunakannya untuk ahli muda terlebih dahulu. Melihat dia sentiasa tersenyum dalam redup matanya menatap mukaku semasa memberikan rasional keputusan yang aku buat, aku rasa aman menjengah hati. Usai menyatakannya, aku berharap ia menjadi salam perkenalan aku untuk dia. Dia menyambut modul yang aku hulurkan seraya berjanji akan membuat salinan untuk kegunaan pelajar pada perjumpaan persatuan hujung minggu nanti.

            Entah bila bermula, bagaimana caranya, tidak aku pasti. Saban hari aku semakin senang dengan Nini yang lembut tutur katanya. Lebih-lebih lagi kami rupanya berkongsi obsesi terhadap novel dan mengumpul artikel akhbar atau majalah. Daripada bertukar-tukar koleksi, berlarutan kepada sesi membuat ulasan mana-mana novel yang baru kami baca. Kadang-kadang kami sambung bersembang melalui telefon ataupun  sms  setelah tamat sesi persekolahan. Tugasan pengurusan persatuan juga makin mudah dikendalikan bila kami sama-sama menyelesaikannya.  Malah aku mengusir jauh persepsi awalku terhadapnya. Ternyata telahan aku terhadapnya bagaikan menghukum sebelum mengenali hati budinya.

            Tidak seperti selalu, satu pagi, Nini kelihatan lemah. Sorotan matanya dalam dan senyumnya hambar. Bila aku bertanya, Nini tidak sudah-sudah tersenyum dan menggeleng. Keadaan Nini makin teruk selepas tengahari. Setelah berkali-kali mendesak, akhirnya Nini membuatkan jantungku tersentak kuat. Dalam senyum yang tidak pernah surut, dia menyatakan dia mengidap penyakit jantung. Berkaca mataku bila Nini menyatakan mungkin dia menunggu hari sahaja untuk kembali. Pantas terbayang dilayar mindaku tiga orang anak Nini yang masih kecil.

            Tuhan, aku sekali lagi rasa terhukum dengan tuduhan aku terhadap Nini. Aku akhirnya faham mengapa banyak sekali artikel tentang pesakit jantung koleksi Nini. Malah, setiap kali berita kematian pesakit jantung disiarkan di dalam berita media massa, dia akan mengirimkan pesanan ringkas sms kepada aku tanpa mengira masa. Aku sekadar mengabaikan sms-sms sebegitu kerana beranggapan Nini hanya berkongsi berita dengan aku yang cukup liat untuk membaca surat khabar. Baru aku sedar apabila Nini kerap juga meminta bantuan aku menangani kenakalan pelajar Tingkatan 5 Bestari ketika sesi pengajaran yang dijalankan. Simpati aku menggunung kepada Nini yang menanggung beban yang maha berat diusia semuda dia.

            “ Nape ni?”, aku pantas menyoal ketika Nini dalam tangisan yang ditahan-tahan terkocoh-kocoh mengemas buku-buku atas meja dia. Nini semakin keruh mukanya meneruskan kerja mengemasnya sekadar menjeling sekilas kepadaku. Setelah setitik mutiara jernih jatuh daripada tubir mata melalui pipi cengkungnya, Nini menyatakan nenek dia meninggal dunia. Ucapan takziah daripada rakan-rakan yang turut mendengar menerbitkan senyum kelam dibibir Nini. Aku mengiringi Nini ke kereta, membisikkan agar dia banyak bersabar dan bertenang.

            Sebelum menutup pintu keretanya, Nini merenung lama muka aku. “ Sorilah kak. Saya belum dapat selesaikan lagi masalah siapa guru pengiring ahli Pandu Puteri yang akan ke  Kelantan tu la. Bagi saya sikit masa ye kak.” Geram berbaur dihati. “ Tak payah fikir kerja sekejap boleh tak? Tahu la nanti akak nak buat macam mana.”

            Nini menggeleng sebelum menjawab  “saya tahu tanggungjawab saya kak. Saya tak akan bebankan akak.” Aku cepat-cepat menutup pintu kereta Nini menghantar maksud agar dia hentikan persoalan itu.

            Cermin tingkap diturunkan untuk melambai kepada aku yang masih menunggu Nini bergerak. “Akak jangan lupa tengok cerita Vivaah malam ni tau. Best cerita tu”  dan aku tahu Nini sekadar mahu aku tidak terus tenggelam dengan emosi sedih dia. Filem Hindi, satu lagi minat yang turut dikongsi.

            “Syukur, dah selesai urusan kebumi dan tahlil untuk malam ini”

            Esoknya, Nini mengutuskan perasaannya kepada aku. Aku turut merasakan berat beban yang dipikul Nini sebagai anak sulung dengan adik-adik yang masih kecil.. Aku sempat bertanyakan khabar dia sendiri.

            “Akak tengok tak citer Vivaah ari tu?”

            “ Ala.. lupa la nak nengok”  terus butang hantar aku tekan.

            “ x pe.. nti kan ada ulangan kat Astro. Kak nengok eh?”

            Aku menggelengkan kepala seketika. Terdetik di hati apa istimewanya cerita Hindi yang Nini sibukkan itu.

            Aku mengisi ruangan nama Nini di buku kedatangan guru dengan perkataan “MC”. Nini mengirimkan sms katanya masih belum sihat. Pasti Nini masih penat dengan urusan berkaitan arwah neneknya.

            Isnin berikutnya, genap seminggu Nini cuti sakit. Aku dihurung rindu pada Nini. Meja Nini yang kosong aku duduk seketika untuk membaca artikel yang dikumpul. Novel Ayat-ayat Cinta yang aku pinjam daripada Nini Jumaat lepas aku letakkan di dalam laci sebelah atas meja Nini. Aku sekadar mengeluh bila  setiap kali menghubungi Nini, dia bertegas untuk pergi menghantar ahli Pandu Puteri yang akan berkhemah selama sepuluh hari di Kelantan hujung bulan nanti.

            Aku bosan dengan desakan Nini yang seolah-olah tidak mengerti akan kerisauan aku akan tahap kesihatan dia. Alasan Nini Cuma satu, “ saya tak nak susahkan akak. Akak pun ada komitmen akak sendiri. Lagipun itukan tanggungjawab saya”.

            “Kau jangan mengada boleh tak Nini”. Terus aku putuskan talian tamatkan perbualan dengan  berbaur rasa marah dan geram.

            “ Cikgu Aisyah!..” laung Ameer Izat dari jauh ketika aku turun daripada bilik kaunseling pagi esoknya. Aku berhenti seketika menunggu Ameer menghampiriku.

            “Cikgu Nini meninggal” suara Ameer berselang seli dengan nafas tercungap-cungap mengejar aku tadi.

            “ Awak kalau tak suka pun dengan cikgu tu, jangan buat cerita lawak bodoh tu boleh tak?”. Aku marah benar dengan kenyataan Ameer yang semua orang tahu akan sikap  paling nakal di sekolah.

            “Cikgu memang tak percaya saya kan?. Baik Cikgu tanyakan Cikgu Amran”. Ameer Izat berlalu tinggalkan aku yang masih memproses pertimbangan seterusnya.

            Menghampiri bilik Pengetua, aku lihat beberapa orang rakanku sedang berbual di depan pintu bilik Cikgu Amran. Aku melepaskan keluhan berat untuk mencari kekuatan untuk menghampiri kumpulan kecil itu.

            “Aisyah dah dapat berita pasal Nini kan? Saya izinkan Aisyah ke hospital sekarang sementara jenazahnya masih di sana.”

            Belum sempat aku bertanya, Cikgu Amran terlebih dahulu mencadangkan tindakan aku seterusnya. Entah mengapa mataku tidak menitiskan air mata walaupun aku lihat Zarina dan Linda menyeka pelupuk mata masing-masing yang basah. Aku sekadar mengikut langkah Julia ke kereta.

            Hatiku rasa sakit ketika tiba di ruang menunggu bilik mayat hospital. Aku memang tidak suka melihat wajah-wajah sugul di situ. Gadis sunti seiras Nini meluru memeluk aku dengan sedu yang dalam. Seketika kami menoleh bila pintu salah satu bilik terbuka. Kelihatan Azhan, suami Nini keluar dari situ dengan tenang tanpa riak.

            “Sesiapa yang nak tengok arwah buat kali terakhir boleh la masuk”  mendatar sahaja suara Azhan menyapa telingaku.

            Lambat-lambat aku melangkah setelah memberi ruang kepada semua adik-adik Nini bertemu dengannya terlebih dulu.

            Lama aku mengucup dahi Nini yang sejuk membeku. “Kau belum habis lagi urusan dengan akak Nini. Rehatlah”. Pantas aku mengangkat mukaku. Baru terasa hangat tubir mataku. Senak dadaku, sesak nafasku bila teringatkan pertelingkahan kami lewat malam tadi.

            Terasa jari-jari kecil Naurah menyapu pipiku. Aku cuba senyum padanya.

            “Ibu jangan nangis ye, ibu bole tengok cite Vivaah ni. Adik tak nak la tengok cite Boboi boy tu”.

            Baru kusedari, ruang menonton sudah tidak kedengaran lagi suara anak-anak dan suamiku bertingkah berebutkan saluran televisyen. Masing-masing sudah terbaring mengadap permulaan cerita Vivaah  disaluran Zee. Aku memimpin Naurah ke arah suami dan membaringkan dia di situ.

            Aku berlalu ke bilik air untuk berwuduk. Aku mencapai surah Yassin dan mengemaskan sila di dalam ruangan solat rumahku. Ternyata, selepas lima  tahun, aku masih tidak mempunyai kekuatan untuk menonton Vivaah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

** Al-Fatihah untukmu teman.. Rindu menjengah kala dicicip rasa..

Rayuan kasihan

Bila terpaksa merayu untuk dikasihani.. 
Hinanya menjadi insan...
Lalu apa lagi yang boleh dipertahankan...


Rendahnya martabat seorang ibu...
Jauhnya darjat seorang isteri..
Tiada nilainya seorang wanita..


Murahnya sekeping hati..
Murahnya sebuah rasa..
Murahnya secebis kasih..
Murahnya setitik cinta..


Hina kasih manusia..
Hina kasih saudara..


Maaf kerana merayu.. 
Kasih Allah.. melimpah ruah..


** mata memandang tak sama bahu memikul..
sakit dimata tak seperit dihati..