Thursday, 1 January 2015

Aku Kenalimu Teman

Pedih rasa hati..
bila orang memerlukan kita...kita gagal membantu..
walau sekadar menjadi pendengar..

Ketika riang hati  akan bercuti..
Berita tanah tumpah darahku dilanda bencana mencuri kegembiraan tu..

Banjir besar melanda Tanah Serendah Sekebun Bunga..
Sayu  hati bila hanya mampu membaca 
sekadar di talian maya.
Sungguh terharu... bila mata dijamu dgn 
figura yang menyayat hati..
Sakit didada... 
bila empunya diri 
tidak sama-sama berada bersama 
berkongsi derita dengan kerabat2 di sana..





Janji Allah yang pasti...
Setiap ujian ada pengajaran dan hikmahnya...

Sepantas mana musibah bah melanda...
Sepantas itu jua ukhwah terbina tanpa mengira rasa...
Sekeras mana arus bah membadai..
Sekuat itu jua  perkongsian duka sama di rasa..

Sahabat..
Kala hiba.. aku temui dia..
Kala duka .. aku didodoi semangat..
Kala rebah .. aku dipimpin dorongan..
Kala lelah.. aku diusap usaha
Kala pasrah... aku diajar redha...

Jauh dekat bersatu...
Lupa perbezaan rezeki yang ada
Lupa falsafah yg diagung...
Lupa sengketa dek perkara dunia...

Indahnya persahabatan.. 
Sama2 menumpang duka..
Menangis bersama..
Tersenyum sekadar memujuk cuma...

Terima kasih teman.. 
Penutup tirai 2014 menutup semua cela..
dan huru hara 
yang hanya kerana
 mahu dilihat berbeza..


No comments:

Post a Comment