Lama tak menjengah di sini..
Sejak terkena penyakit buatan orang ni..
tiba2 disampuk
penyakit alah pada cahaya screen phone atau lappy..
Makanya…
terbengkalailah rumah ni..dan lain-lain media
sosial..
Kali ni story nye pasal lelaki yang amat aku cintai…
Ternyata..
selepas hampir dua dekad usiaku…
Kasih dan sayangnya tidak pernah berubah…
Ayat-ayat dia masih sama..
perhatiannya masih sama…
perbuatanya masih sama..
kerisauan dan kegusarannya masih sama…
Sedekad lalu..
kasihku berubah kepada lelaki lain..
tetapi..
ia tidak pernah merubah kasihnya padaku..
Pada usia dua dekad ini…
hatiku benar2 tersentuh dengan
perlakuannya.. seolah-olah aku masih anak gadis kecilnya..
Pertama kali ..
selepas 19 tahun …aku lihat wajah gembiranya
dia.. bila aku akan menyambut hari pertama syawal dengannya..
walaupun tidak
diucapkan..
namun aku dapat lihat.. gagahnya dia sama-sama menyibuk di dapur
menyiapkan juadah di hari akhir ramadhan..
sibuk tangan dia menghulurkan
bantuan..
kakinya ke depan… ke belakang mencukupkan apa yang aku perlukan..
dia
lupa.. dia sendiri tidak sihat…
malamnya..
sibuk pulak dia memastikan tidurku selesa..
berselimut dan tiada nyamuk seekorpun mendekat (aku memang tak boleh tidur
tanpa selimut walaupun panas). ..
sayu menyinggah dihati ..
bila dia sanggup
keluar mencari ubat nyamuk bila didapati kehabisan..
sedangkan jam menjangkau
12.30 malam…
hampir sejam dia keluar..
dia kejutkan aku yang telah terlena..
untuk menyembur ubat nyamuk tersebut…
dalam kelam malam syawal itu…
mataku
gagal menakung mutiara jernih..
yang entah berapa lama aku tidak tumpahkan
untuknya…
terimbas kenangan zaman gadisku..
bila dia berkelakuan sama.. setiap
kali aku hendak tidur..
aku seolah-olah tersedar daripada mimpi..
berapa lama aku
tidak memerhatikan wajah dia yg kian dimamah usia…
tika siangnya.. dia terlelap
di atas sofa hadapan tv.. aku mengambil kesempatan..
memerhati wajah lelaki
itu..
ternyata banyak garis usia terdapat diwajahnya.. rambut dia tak sebanyak
dulu..
pipinya dulu gebu… kini sedikit berkerut ..
matanya dulu.. kalau
menjeling pun aku faham amarannya.. kini kelihatan teduh..
garis-garis kedut
melitupi kelopak matanya.. giginya juga berkurangan..
betapa aku tidak pernah
bayangkan wajah dia seperti itu.
Bila berbicara ditelefon dgn dia sesekali..
aku masih nampak wajah mudanya dulu..
bengis namun lembut menusuk kalbu..
terpukul sejenak mindaku..
betapa aku rugi
kerana tidak bersama-sama dia menyaksikan setiap detik perubahan pada
wajahnya..
Aku memohon kepada tuhan.. agar dipelihara dia walau di mana
dia berada..
aku mohon Allah mengurniakan dia kesihatan yang berpanjangan..
dilanjutkankan usianya dalam keberkatan.. dimudahkan segala urusannya..
gembirakan hatinya..
jauhkan dirinya dari segala bencana dan musibah.. tunaikan
lah segala hasratnya..
bahagiakan hari-harinya..
Aku juga bermohon..
diberikan kesempatan
olehNya .. membahagiakan lelaki itu.. mengembirakan hatinya.. menunaikan segala
hasratnya semampuku..
Dia tidak pernah membezakan aku..
tidak pernah
membuatkan aku terasa jurang antara aku dan dirinya..
walaupun tiada talian
darah antara kami..
terima kasih abah…
*bahagiaku tak sama denganmu..