Seperti rutinnya saban tahun, memberikan sumbangan kecil kepada anak-anak pelajar dalam bentuk artikel untuk memenuhi ruangan karya guru majalah sekolah..
Malangnya... kondisi badan kini yang tidak mengizinkan seperti selalu...
idea kurang "mari" untuk berceloteh..
setelah diberikan masa yang singkat..
taraaaaa...
ini je yg mampu diperah oleh akal..
sebenarnya.. ceritera ni dah pernah i tulis dlm buletin kelab..
cuma kali ini.. i kembangkan sedikit penceritaannya..
sesuai utk semua kot... (insya allah)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ceritera Keldai Yang
Bodoh
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor
keldai yang selalu dipinggirkan oleh rakan haiwan yang lain. Ramai yang tidak
mahu berkawan dengan keldai ini kerana mereka menganggap keldai ini bodoh dan
dungu kerana selalu sahaja keldai ini gagal membuat keputusan yang salah dan
menyusahkan. Maka, tinggallah keldai yang bodoh ini dipinggir bukit yang agak
jauh dari rakan haiwannya yang lain.
Setiap hari, keldai yang bodoh
akan berjalan ke sungai untuk minum air.
Keldai tersebut perlu melalui satu lembah yang sempit, berbatu dan curam.
Sampai di kaki bukit, keldai itu selalu
terhantuk kepalanya pada seketul batu besar yang menghalang laluannya.
Keldai itu teruskan juga berjalan ke sungai walaupun kepalanya benjol dan
sakit.
Pada hari berikutnya, keldai bodoh
itu hendak ke sungai lagi dan perlu melalui jalan yang sama. Sampai di kaki
bukit yang sama, keldai bodoh itu sekali lagi terhantuk pada batu yang sama.
Makin besarlah benjol di kepalanya dan bertambahlah sakitnya.Begitulah rutin
yang dilalui oleh keldai itu. Kesakitan demi kesakitan dilalui kerana dia tetap
perlu ke sungai untuk minum.
Suatu hari, keldai bodoh masih ke
sungai untuk minum. Juga melalui jalan yang sama. Sampai di kaki bukit berbatu
besar itu, keldai yang bodoh itu berhenti seketika sebelum menghampirinya. Setelah
lama berfikir, keldai yang bodoh memutuskan untuk membuat sedikit lencongan
untuk mengelakkan batu yang besar tersebut. Walaupun laluan yg baru tersebut
lebih jauh dan sukar, tetapi keldai tersebut tidak terhantuk lagi pada batu
yang besar itu. Akhirnya dia menemui cara yang betul untuk turun ke sungai agar
tidak terhantuk kepada batu yang sama.
Sesudah menemui jalan penyelesaian,
keldai itu pun berjalan ke sungai tanpa terhantuk lagi pada mana-mana batu
besar dilaluannya. Tiada lagi kesakitan di kepalanya dan dia mampu minum dengan
nikmatnya. Keldai itu sangat gembira kerana usahanya berhasil akhirnya.
Itu
ceritanya keldai yang bodoh. Oleh itu kita mungkin pernah mendengar ayat ada
menyatakan “Keldai yang bodoh pun tidak akan terhantuk di batu yang sama”.
Moral daripada cerita ini, walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia juga tidak
mahu mengalami sakit yang sama akibat melakukan kesilapan yang sama. Dia
mengambil langkah berfikir, mencari penyelesaian dan seterusnya mengelak
daripada melakukan kebodohan yang sama berulang-ulang kali. Pendek kata,
walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia tidak mahu kebodohannya itu berterusan. Untuk kebaikan dia sendiri,
keldai itu sanggup berusaha sedaya upayanya.
Oleh
itu, anakanda sekalian, anda semua telah pun mengalami dua kesakitan sebelum
ini. Pertama, semasa mendapat keputusan peperiksaan UPSR yang kurang memuaskan
barang kali. Keduanya, semasa mendapat keputusan peperiksaan PT3 yang lepas. Justeru,
sanggupkah anda merasai kesakitan yang sama? Tidakkah anda tahu apa kebodohan
yang telah anda lakukan? Perlukah anda untuk kesekian kalinya mengulang
kesakitan dan kebodohan yang sama di dalam peperiksaan SPM kelak? Terpulang
kepada dirimu sendiri anakanda sekalian. Tepuk dada tanya akal. Ingat, kalau
keldai yang bodoh itu pun menemui jalannya, mengapa tidak anak-anak yang
memiliki akal yang sama sahaja dengan orang lain, juga berjumpa dengan
penyelesaian yang terbaik untuk dirimu.
Persoalan
sekarang bukannya pandai atau bodoh.. Pokoknya, hendak atau tidak. Mahu atau
enggan untuk mengubah dirimu.. Ingat juga satu perkara. SPM akan menentukan
SIAPA dirimu di dunia (sahaja) selepas ini. Jika kamu masih bodoh sombong
hendak mengharungi kebodohan dan kesakitan yang sama, terserah sahaja pada
dirimu juga. Selagi ada masa, renung-renungkan lah. Berangan lah sebentar, siapa
kamu nanti pada masa akan datang. Cepat-cepatlah bangkit jika angan-agan kamu
itu sangat indah. Bimbang nanti semua angan-angan itu akan hanya jadi kenangan...
*andai cinta itu air mata
No comments:
Post a Comment