Monday, 12 October 2015

Ceritera Keldai Yang Bodoh

Seperti rutinnya saban tahun, memberikan sumbangan kecil kepada anak-anak pelajar dalam bentuk artikel untuk memenuhi ruangan karya guru majalah sekolah.. 
Malangnya... kondisi badan kini yang tidak mengizinkan seperti selalu...
 idea kurang "mari" untuk berceloteh.. 

setelah diberikan masa yang singkat.. 
taraaaaa...
 ini je yg mampu diperah oleh akal.. 
sebenarnya.. ceritera ni dah pernah i tulis dlm buletin kelab.. 
cuma kali ini.. i kembangkan sedikit penceritaannya.. 
sesuai utk semua kot... (insya allah)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ceritera Keldai Yang Bodoh

            Dalam sebuah hutan, tinggal seekor keldai yang selalu dipinggirkan oleh rakan haiwan yang lain. Ramai yang tidak mahu berkawan dengan keldai ini kerana mereka menganggap keldai ini bodoh dan dungu kerana selalu sahaja keldai ini gagal membuat keputusan yang salah dan menyusahkan. Maka, tinggallah keldai yang bodoh ini dipinggir bukit yang agak jauh dari rakan haiwannya yang lain.
            Setiap hari, keldai yang bodoh akan  berjalan ke sungai untuk minum air. Keldai tersebut perlu melalui satu lembah yang sempit, berbatu dan curam. Sampai di kaki bukit, keldai itu selalu  terhantuk kepalanya pada seketul batu besar yang menghalang laluannya. Keldai itu teruskan juga berjalan ke sungai walaupun kepalanya benjol dan sakit. 
            Pada hari berikutnya, keldai bodoh itu hendak ke sungai lagi dan perlu melalui jalan yang sama. Sampai di kaki bukit yang sama, keldai bodoh itu sekali lagi terhantuk pada batu yang sama. Makin besarlah benjol di kepalanya dan bertambahlah sakitnya.Begitulah rutin yang dilalui oleh keldai itu. Kesakitan demi kesakitan dilalui kerana dia tetap perlu ke sungai untuk minum.
              Suatu  hari, keldai bodoh masih ke sungai untuk minum. Juga melalui jalan yang sama. Sampai di kaki bukit berbatu besar itu, keldai yang bodoh itu berhenti seketika sebelum menghampirinya. Setelah lama berfikir, keldai yang bodoh memutuskan untuk membuat sedikit lencongan untuk mengelakkan batu yang besar tersebut. Walaupun laluan yg baru tersebut lebih jauh dan sukar, tetapi keldai tersebut tidak terhantuk lagi pada batu yang besar itu. Akhirnya dia menemui cara yang betul untuk turun ke sungai agar tidak terhantuk kepada batu yang sama.
            Sesudah menemui jalan penyelesaian, keldai itu pun berjalan ke sungai tanpa terhantuk lagi pada mana-mana batu besar dilaluannya. Tiada lagi kesakitan di kepalanya dan dia mampu minum dengan nikmatnya. Keldai itu sangat gembira kerana usahanya berhasil akhirnya.
           Itu ceritanya keldai yang bodoh. Oleh itu kita mungkin pernah mendengar ayat ada menyatakan “Keldai yang bodoh pun tidak akan terhantuk di batu yang sama”. Moral daripada cerita ini, walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia juga tidak mahu mengalami sakit yang sama akibat melakukan kesilapan yang sama. Dia mengambil langkah berfikir, mencari penyelesaian dan seterusnya mengelak daripada melakukan kebodohan yang sama berulang-ulang kali. Pendek kata, walaupun keldai itu bodoh, tetapi dia tidak mahu kebodohannya itu  berterusan. Untuk kebaikan dia sendiri, keldai itu sanggup berusaha sedaya upayanya.
           Oleh itu, anakanda sekalian, anda semua telah pun mengalami dua kesakitan sebelum ini. Pertama, semasa mendapat keputusan peperiksaan UPSR yang kurang memuaskan barang kali. Keduanya, semasa mendapat keputusan peperiksaan PT3 yang lepas. Justeru, sanggupkah anda merasai kesakitan yang sama? Tidakkah anda tahu apa kebodohan yang telah anda lakukan? Perlukah anda untuk kesekian kalinya mengulang kesakitan dan kebodohan yang sama di dalam peperiksaan SPM kelak? Terpulang kepada dirimu sendiri anakanda sekalian. Tepuk dada tanya akal. Ingat, kalau keldai yang bodoh itu pun menemui jalannya, mengapa tidak anak-anak yang memiliki akal yang sama sahaja dengan orang lain, juga berjumpa dengan penyelesaian yang terbaik untuk dirimu.
                       Persoalan sekarang bukannya pandai atau bodoh.. Pokoknya, hendak atau tidak. Mahu atau enggan untuk mengubah dirimu.. Ingat juga satu perkara. SPM akan menentukan SIAPA dirimu di dunia (sahaja) selepas ini. Jika kamu masih bodoh sombong hendak mengharungi kebodohan dan kesakitan yang sama, terserah sahaja pada dirimu juga. Selagi ada masa, renung-renungkan lah. Berangan lah sebentar, siapa kamu nanti pada masa akan datang. Cepat-cepatlah bangkit jika angan-agan kamu itu sangat indah. Bimbang nanti semua angan-angan itu akan hanya jadi kenangan...

*andai cinta itu air mata

Sunday, 4 October 2015

Mentari memujuk hati

Jerebu oh jerebu... di luar kelam.. dihati kelam... 
entah emosi apakah.. dibuai rasa hiba.. 
kejamkah andai jerebu dijadikan punca...

Hikmah musibah... jemari lantas mencatat emosi di dalam naluri... 
melahirkan tinta bicara... dengarkanlah...



Mentari memujuk hati….menghadirkan pelangi

selepas gerimis tidak diundang

Indah warna pelangi berbilang

Mewakilkan maksud hati….. Jua beribu erti


Biru kelam hati dirundung malang

Jingga riang namun hati walang

Merah membara rasa rindu

Hijau damaikan hati diamuk cemburu

Ungu baldu hati disapa sayu

Kuning cerah ..hati resah

Putih polos hati pasrah



Mentari nan satu...

Memanah ... mencairkan...

Kelam.. mengundang kelabu..

Gelap dilitupi mendung..


Namun.. 

Tidak pernah gagal.. mentari memujuk hati

dalam segenap apa hadirnya ia..


Indahnya pelangi,,

Hadirkan keindahan jua dalam hidupku..


Selagi jasad bernyawa …






* Cukup jika hanya didengari... 


Saturday, 19 September 2015

Mampu

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi daripada apa yang mampu dihadapinya...

Ungkapan itu hanya mampu diterima apabila diri telah lelah bersedih dan mengenang peritnya disakiti dgn pelbagai musibah.. Kala hati telah mampu bertenang.. kata-kata itu disebut utk mencuri semangat untuk terus bangkit mencari noktahnya derita.. 

Jiwa tersasar .. ketika datangnya satu ujian.. akan dihambat pelbagai dugaan dalam masa yg sama..serentak.. membuatkan hampir hilang jiwa.. sayu, pilu, air mata.. marah, benci, dendam.. down, useless semua bergaul dalam diri dan emosi mempengaruhi tindakan dan perasaan.. sehingga utk melelapkan mata adalah satu yg amat berat untuk dilakukan. 

Benar Allah tempat mengadu, maha Pengasih lagi maha Penyayang.. maha mendengar segalanya..
 
Sedar diri insan lemah, perlukan jua insan untuk melepaskan segala yg terbuku dihati.. mulut ingin meluahkan.. hati sedih ingin dikongsi.. jiwa sayu ingin didengar.. emosi amarah ingin disirami damai.. namun.. risau menjengah.. silap langkah bertambah rebah.. silap hitung jatuh tertinggung.. silap menilai diri tergadai... 

Maaf jika kurang bijak menebak. maaf jika kurang tepat menempat.. maaf jika mengganggu..

Dalam doa-doa mengadap Pencipta.. dipanjangkan bicara agar dikurniakan hati yg tabah, jiwa yg tenang, emosi yg aman.. dimohon jua ditunjukkan jalan yg mudah agar tidak tersakit dan disakiti.. diminta agar dilindungi jiwa dan jasad dlm peliharaannya.. demi kelangsungan hidup.. dan insan2 yg menyayangi diri.. didoakan agar semua yg baik dan buruk adalah manafaat semata..

kapalterbangkertasbiru


*seketika.. beradalah ditempatku.. rasakan..

Sunday, 13 September 2015

Berlagu

Baju biru... mood biru.. jiwa salju.. 

Terfikir.. bagaimanakah rupa badut menangis.. 

namun ..hati dirundung hiba.. 
tidak memilih siapa..
duka datang dalam berjaga..
ibarat  luka disimbah cuka...

Pujangga  berlagu...

          semuanya telah ku berikan...
          harta..cinta dan kasih sayang...
          
          apakah belum kau dapatkan..
          bahkan nyawa ku pertaruhkan..

tinggal berlagu dibibir menutup sendu..



Seniman bergurindam... 
menjamu telinga dalam berdiam..

apa  aku telah lakukan kesalahan yang mendalam
sampai hati kau lakukan itu

kali ini ku tak bisa menerima kenyataan
kau tak lagi setia padaku

aku patah hati..sungguh-sungguh..
aku patah hati...keranamu

aku akan pergi.. kerana kamu..
terlanjur menyakiti hatiku






*sampai bila...

Wednesday, 9 September 2015

Kata-kata itu kita

emmmm... nak dimulakan dimana ye?

dalam entri bahasa jari vs bahasa lisan.. 
pernah diluahkan tentang impaknya bahasa pada diri ini...
kali ini.. 
masih lagi berkaitan bahasa lagi... 
masih lagi berkaitan bahasa bukan lisan di media sosial.. 
sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.. 
di mana.. 
gajet menjadi alat wajib ada yang sama tarafnya dengan keperluan asas manusia teratas 
dalam carta  mengikut teori Maslow...                        
 ( ewahhh...teringat cgu zul ajar Perdagangan)

mungkin pada sesetengah orang, apapun yang ada dihati, akan terbit dibibir dan terluah dalam komunikasi bukan lisan seperti di whatsapps, weechat, fb 
dan segala macam medium sosial yang lagi pantas masa kini. 
orang sebegini selalunya cermat orangnya... 
"kesah" pasal dirinya dan orang persekitaranya. 
Jarang bahasanya merapu.. 
cukup takut baginya.. 
jika apa yang diperkatakan memberi implikasi negatif pada keadaan dan masa. 

tapi banyak orang.. tidak sama... 
kata-katanya mungkin sindiran  utk menyedarkan... 
mungkin kata-katanya bidalan yang menjadi andaian semata.. 
mungkin kata-katanya telus menjurus... 
mungkin kata-katanya sekadar alas menjaga hati .. 
mungkin juga kata-katanya dusta mengelak diri... 
mungkin juga kata-katanya berupa imaginasi naluri.. 
mungkin kata-katanya helah membela diri...
dan segala mungkin lagi.. 
siapa tau kann...

pendek kata...  
kuasa bahasa dalam komunikasi bukan lisan ni....
memberi 1001 implikasi dan komplikasi.. 

Bagaimanapuunnnnn.... 
pada i, (it's me... nar) ... 
bahasa dalam konteks komunikasi bukan lisan ni... 
berkait rapat dengan sikap dan sifat si penuturnya... 
bagaimanapun bahasa yg dituturkan ... 
akan menzahirkan siapa gerangan si empunya diri.. 

sebab tu orang-orang tua pesan.. 
jangan cakap banyak... sebab.. 
makin banyak cakap.. makin banyak yang tersingkap... 

tengok aje job kaunselor (how are u sir?)... 
akan berusaha membuat client bersembang.. 
walaupun tidak menjurus ke arah topik persoalan.. 
tanpa sedar... at the end... 
keduanya dapat "keluar" dengan aman...

Makanya... ( i sukaaa guna this term).. 
hati-hati bila berbicara bukan lisan..
(kena banyak2 ingatkan diri neh!)...  
fikir2 sebelum update status di wall fb.. line.. weechat.. 
fikir2 sebelum send respon di group whatsapps.. 
telegram or other else... 
melaluinya.. 
orang akan kenal siapa kita....so do i kenal siapa u... 

hmmmmm... cukup la tu... 
last but not least.. 
prinsip i... 
jarang kata-kata tidak jujur dengan sikap... 
#proudnocrowd...yeahh!!!


*talk to me.. no sindir2 eh... 

 

Monday, 24 August 2015

Hujan

Melihat manik-manik jernih menyapa tingkap...
membawa jauh kenangan lama ...
mulut menggaris senyum tatkala terkenang manis gurau senda..
usik-usik bahagia.. tanpa prasangka...

sebelum perlahan-lahan senyum itu mengecil pada bibir... 
kala memori melayarkan saat diduga...diuji..
lalu .. hadir hiba dijiwa walang... 
memberatkan kelopak mata dengan takungan air mata...
metitis perlahan melewati pipi..sedikit dan sedikit... 
sebelum ianya menjadi selebat hujan di luar tingkap...

sungguh jiwa diruntun sayu... 
bukan lagi sakit seperti ia baru berbekas dijiwa...
tiada kedengaran sendu berlagu dari hati yang terusik.. 
dek suara hujan menindas tingkap kaca...
suasana hening..sayu hiba bergalang ganti ...
hujan di laman dan hujan dihati...

Kala hari dijengah senja...
awan hitam puas sudah meluahkan segenap isinya... 
begitu juga tangis sayu mengenang hal yang telah sudah...
biarlah .. masa telah membuktikan...
biarlah... hak dan batil berpisah tiada..
biarlah... karma maha adil...
biarlah.. Allah lebih tahu apa yang tebaik..

melihatkan tingkap kaca yang basah.. 
sebasah hati diusik kenangan diduga...
menyedarkan diri hanya itu yang bersisa.. 
jelas lagi nyata...
Jika tidak kerananya, kekuatan ini tidak akan menjadi milik...
Jika tidak kerananya, tidak diketahui had kesabaran sebenar...
Jika tidak kerananya, bercerai nyawa dan jasad pun mungkin...

Terima kasih semuanya...
Syukur Allah memilihnya...
Untuk hidup sementara cuma.....



*diam padamu menang
diam padaku beralah sebelum punah

sumber image google

Tuesday, 18 August 2015

Lelaki itu...

Lama tak menjengah di sini..

Sejak terkena penyakit buatan orang ni.. 
tiba2 disampuk penyakit alah pada cahaya screen phone atau lappy..
Makanya… 
terbengkalailah rumah ni..dan lain-lain media sosial..


Kali ni story nye pasal lelaki yang amat aku cintai…
Ternyata.. 
selepas hampir dua dekad usiaku…
Kasih dan sayangnya tidak pernah berubah…
Ayat-ayat dia masih sama..
 perhatiannya masih sama…
 perbuatanya masih sama.. 
kerisauan dan kegusarannya masih sama…


Sedekad lalu..
kasihku berubah kepada lelaki lain..
 tetapi.. ia tidak pernah merubah kasihnya padaku..
Pada usia dua dekad ini… 
hatiku benar2 tersentuh dengan perlakuannya.. seolah-olah aku masih anak gadis kecilnya..


Pertama kali .. 
selepas 19 tahun …aku lihat wajah gembiranya dia.. bila aku akan menyambut hari pertama syawal dengannya.. 
walaupun tidak diucapkan.. 
namun aku dapat lihat.. gagahnya dia sama-sama menyibuk di dapur menyiapkan juadah di hari akhir ramadhan.. 
sibuk tangan dia menghulurkan bantuan.. 
kakinya ke depan… ke belakang mencukupkan apa yang aku perlukan.. 
dia lupa.. dia sendiri tidak sihat… 


malamnya.. 
sibuk pulak dia memastikan tidurku selesa.. berselimut dan tiada nyamuk seekorpun mendekat (aku memang tak boleh tidur tanpa selimut walaupun panas). .. 
sayu menyinggah dihati .. 
bila dia sanggup keluar mencari ubat nyamuk bila didapati kehabisan.. 
sedangkan jam menjangkau 12.30 malam… 
hampir sejam dia keluar.. 
dia kejutkan aku yang telah terlena.. untuk menyembur ubat nyamuk tersebut… 

dalam kelam malam syawal itu… 
mataku gagal menakung mutiara jernih..
 yang entah berapa lama aku tidak tumpahkan untuknya… 

terimbas kenangan zaman gadisku..
 bila dia berkelakuan sama.. setiap kali aku hendak tidur..

aku seolah-olah tersedar daripada mimpi.. 
berapa lama aku tidak memerhatikan wajah dia yg kian dimamah usia… 
tika siangnya.. dia terlelap di atas sofa hadapan tv.. aku mengambil kesempatan.. 
memerhati wajah lelaki itu.. 
ternyata banyak garis usia terdapat diwajahnya.. rambut dia tak sebanyak dulu.. 
pipinya dulu gebu… kini sedikit berkerut .. 
matanya dulu.. kalau menjeling pun aku faham amarannya.. kini kelihatan teduh..
 garis-garis kedut melitupi kelopak matanya.. giginya juga berkurangan.. 
betapa aku tidak pernah bayangkan wajah dia seperti itu. 
Bila berbicara ditelefon dgn dia sesekali..
 aku masih nampak wajah mudanya dulu.. 
bengis namun lembut menusuk kalbu..  
terpukul sejenak mindaku.. 
betapa aku rugi kerana tidak bersama-sama dia menyaksikan setiap detik perubahan pada wajahnya..

Aku memohon kepada tuhan.. agar dipelihara dia walau di mana dia berada.. 
aku mohon Allah mengurniakan dia kesihatan yang berpanjangan.. 
dilanjutkankan usianya dalam keberkatan.. dimudahkan segala urusannya.. 
gembirakan hatinya.. 
jauhkan dirinya dari segala bencana dan musibah.. tunaikan lah segala hasratnya.. 
bahagiakan hari-harinya..  
Aku juga bermohon.. 
diberikan kesempatan olehNya .. membahagiakan lelaki itu.. mengembirakan hatinya.. menunaikan segala hasratnya semampuku..


Dia tidak pernah membezakan aku.. 
tidak pernah membuatkan aku terasa jurang antara aku dan dirinya.. 
walaupun tiada talian darah antara kami.. 
terima kasih abah…


*bahagiaku tak sama denganmu..

Monday, 25 May 2015

Bawa.. ku bawa

Mood kepenatan ... kerja 7 hari seminggu...
melayani youtube... 
dan lagu ini menjentik tangkai hatiku..

Satu hari nanti .. Najwa Latif..



Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Tadi pagiku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan


Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti...Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan

Siapa yang halau
Dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut
Hantar aku ke hujung

Lambai selagiku wujud
Senyum selagiku berdiri
Senyum selagiku berjanji

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan


* tidak mudah untuk meledani hati.. 

Tuesday, 19 May 2015

Cinta Baru

Lama tak bersiaran..
Busy dilanda kemelut perasaan dan jiwa..

hokehhh!!
Ari ni nak story pasal cinta baru

Ntah mengapa… 
tiba-tiba hati terjatuh pada RJ atau 
nama penuhnya Rose Jepun..
Dulu mak-mak kita panggil bunga pukul sepuluh..

Dah nama nye mak gadis.. 
tentu obsess dengan bunga.. 
kalau tak, 
rahimah rahim  tak nyanyi lagu gadis dan bunga..

Cinta I berubah  kepada RJ…
Ini semua salah Dr Burn UPSI.. 
dia yg bertanggungjawab.. 
dia yg memaksa I memupuk rasa cinta pada pokok hiasan… 
dia yg memaksa I membeli segala peralatan menanam .. 
dia yg mendesak I membelai pokok hiasan sentiasa…  Dia jugak yg bagi nama manja RJ tu... 
RJ  stand for Rajin Jenguk katanya….

Kisah cinta RJ ni.. 
sanggup beli online anak benih dan baja.. 
sanggup ulang alik kedai 2 hengget beli pasu.. sanggup gaul tanah dengan sudip lama… 
daripada sepasu..berpasu2.. 
daripada kat bawah hingga bergantung2.. 

Bunga ni berbunga pada waktu pagi lebih kurang jam 9.30 hingga 12.30 tengahari.. 
dalam sepasu.. 
I tanam 2 colour supaya nampak banyak.. 
(tu cara I laa.. cara org lain I  tak tau)… 

Bahagia bila tengok banyak bunga2 berkembang mekar pelbagai saiz dan warna..

Tapi sayang.. 
keje I , masa balik tak menentu.. 
tapi kalau nasib I baik.. kul 3.30 petang I balik, 
boleh tengok lagi RJ  tu tengah galak mekar.. 
kalau tak.. kena tunggu weekend laa baru boleh membelai2 RJ ni..

Tapi sebab cinta.. 
malam2 pun sanggup keluar umah .. 
membelai RJ ni.. kasi siram2.. baja sesekali.. 
cabut rumput.. ade je lah.. 
pokoknya… 
masa untuk dia..

Satu hari, I pegi gathering kawan hubby.. 
rumah dia banyak sgt RJ..
Dalam gelap malam tu.. I terjerit excited tengok RJ.. 
tuan rumah laki bini cuak.. sambil  tanya mana .. mana
I pelik nape dia tanya mana.. penat I tunjuk tu.. tu.. sambil membongkok dekat2 dgn RJ diorang..

Bila semua orang dah dtg dekat dgn I.. 
baru I perasan yg diorg ingat I jerit “anjing”…
Alamak!!!.. 

maka nya…
Malam tu I jadi mcm Dr Burn.. 
terangkan pasal alkisahnya RJ ni dengan penuh perasaan.. 
My hubby geleng kepala tengok I kena kerumun kat laman umah kawan dia tu..

Yg bestnya… 
berbaloi laa I menjadi penceramah free malam tu.. Lusanya, I dapat banyak benih RJ perbagai colour daripada tuan umah tu.. 
bila balik tanam, I dapat 7 pasu besar yg I gantungkan kat sisi umah I..


So .. I namakan RJ tu "LieAnj" 
sempena nama tuan umah tu Roslie… 
Anj tu…. Korang paham2 le erkkk…

eerrmmm ..
panjang pulak story malam ni... 
jangan boring tau... 
nanti I sambung lagi bab "Cinta Baru" I ni..

ni I belanja sikit gambau mula2 ber RJ..

(penat amat... tapi gatai gak nak menulis ..)


kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru

kapalterbangkertasbiru





*kala hati terlalu sakit terluka.. diam diharapkan mampu mengawal sendu

Thursday, 2 April 2015

Jika jangan...

Jika tak mampu memberi..jangan mengambil
Jika tak mampu mengasihi.. jangan membenci
Jika tak mampu menghargai.. jangan mengambil
Jika tak mampu menghibur..jangan menyedihkan
Jika tak mampu  meringankan ..jangan membebankan
Jika tak mampu memuji..jangan mengeji
Jika tak mampu menyinta ..jangan menghina
Jika tak mampu membahagiakan.. jangan mendukakan
Jika tak mampu menjaga..jangan menduakan


Terlalu mencari kesempurnaan..
hingga lupa untuk sempurnakan...

#kumohonbahagia



Monday, 2 March 2015

Mood cuti sakit

Mood cuti sakit..

Al kisahnya,, semalam ke klinik... Encik Doc baik sekali sebab bagi MC untuk rehat2 kan diri dan minda..

ingat bahagia la di rumah.. melayan teman2 laman sosial.. tapi ..lain jadinya... 
gurau senda jadi sikit huru hara...
 adoiii laa
sakit mak macam ni nakk....

emmmmmm..
ok fine... kita diam dan fikir sejenak...

berkata-kata kala diri sendiri tak keruan.. bahaya..
bercerita pada bukan yang tepat..bahaya
percaya pada yang tak pasti.. bahaya
yakin pada yang mungkir.. bahaya
ikut kata hati ..... bahaya
mendesak orang ... bahaya
mengikut melulu ... bahaya
menentang ...bahaya


lalu.. apa yang tak bahaya??
ermmmmm...
ntah laaa labu...

apapun...
saat diri sedang sakit.. 
terutamanya yang sakitnya tu dihati...
begitu banyak cubaan dan dugaan turut menjengah..
fikiran bercelaru.. minda membeku
bicara tak sama di antara tangan, mulut dan minda..

hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang esa..
kuatkan diri.. tabahkan hati..
positif dan positif..

ragu-ragu.. cepat la pergi..
tidak yakin ..cepat la berlalu
tidak percaya.. cepat la hilang
was-was..cepat la ghaib

penatnya...



ooopss!!
macam mana laaa pencapaian anak2 kprean dlm spm ari ni??
dag dig dug ..di dalam hati.. 
hingga ke minda.. hingga ke bicara..



*maafkan kan lah.. semua ini kerana sayang.. teramat