Thursday, 4 December 2014

Tips Memasak ye???

Memang dasarnya cikgu masak.... semua tips hanya di hujung jari..
(hurmmmmm.... macam belagak)

sebabnya??

semua tu dipelajari secara formal di dalam kuliah...
suka tak suka.. mesti belajar untuk mengajar.. 

Meh kita recall balik apa tips memasak yang telah kita tahu,.. 
tapi malas nk ikut..
(i laa tu..yg x berapa rajin)


1.  Cara mengupas bawang putih dengan cepat
  • Ambil selabu bawang putih.
  • Basuh bersih-bersih dan tos.
  • Potong  sedikit hujung tampuk dan bawah bawang putih.
  • Belah dua.
  • Buang kulitnya.
atau...

  • Ceraikan bawang daripada labunya..
  • Basuh bersih dan tos.
  • Potong sedikit hujung tampuk dan bawah bawang putih.
  • ketuk sedikit dengan pisau atau lesung batu hingga pecah sedikit.
  • Buang kulitnya..

2.  Cara mengupas bawang besar dengan cepat
  • Basuh bawang bersih-bersih dan toskan.
  • Potong sedikit hujung tanpuk dan bawah bawang besar.
  • Belah dua bawang tersebut.
  • Buang kulitnya...

3.  Hilangkan Pahit Peria

  • Potong peria dan isikan di dalam air yang berisi garam halus. 
  • Setelah 25 minit, toskan di sedia untuk di masak.


4. Masakan Termasin

  • Potong kentang petak-petak dan masukkan dalam masakan. 
  • Keluarkan kentang tersebut selepas kentang itu kelihatan lembut.


5. Elak Tepung Mudah Hapak

  • Bungkus arang dengan kain bersih
  • Letakkannya di dalam tepung.
  • Simpan tepung itu 


6. Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing

  • Basuh daging kambing ramas bersama buah gajus dalam air selama beberapa minit, 
  • kemudian bilas dan masak daging tersebut
  • Masak ikut resipi anda suka.


7. Segarkan Udang

  • Siang dan basuh udang 
  • Perahkan air limau nipis ke atas udang 
  • Simpannya dalam peti sejuk


8. Lembutkan Ayam Kampung

  • Masukkan 4 biji kurma ke dalam gulai ayam kampung yang sedang di masak.
  •  Ayam akan lebih menjadi lembut.


9. Mengelakkan Minyak Memercik semasa menggoreng

  • Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah di panaskan. 
  • Kemudian baru menggoreng


10. Melembutkan Daging

  • Masukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging tersebut. 
  • Hasilnya daging itu akan menjadi lembut


11. Elakkan Ikan Mengecut Ketika Digoreng

  • Ikan yang akan digoreng perlulah di gaul dalam adunan yang berisi tepung, susu segar dan telur.
  •  Kemudian celupkan ikan ke dalam adunan dan goreng sehingga warna keemasan.





No comments:

Post a Comment