Thursday, 4 December 2014

Unit 8 - Pemilihan Jenis Bahan Makanan

Ketemu lagi...

Hari ni mood rajin.... 

pagi2 lagi dah baca nota Cik Linn (UPSI).. 

tapi satu unit je....

(rajin kah??) 



Mari kita share apa kata Unit 8 Kursus Penyediaan Makanan

Topiknya...  Pemilihan Jenis Bahan Makanan..




1.  Apa itu bahan makanan?


  • Dua jenis bahan makanan iaitu bahan kering dan bahan segar    (oowhh... i selalu cakap bahan basah)
  • Bahan kering terdiri daripada bijirin, herba dan rempah ratus..
  • Bahan segar pula adalah sayur-sayuran, daging, puoltry and game, ikan dan makanan laut serta telur...

ermmmm.... meh kita kupas sikit ...



2. Bahan kering bijirin 
  • Jenis bijirin - gandum, beras, oat, jagung, barli, rye dan sekoi (millet)
  • Cara memilih - kering, tidak berulat dan berbubuk serta bersih.
  • Cara menyimpan - di dalam bekas kering bertutup.

3. Bahan kering rempah ratus dan herba
  • Cara memilih - berbentuk elok dan berbau segar, tidak pecah dan peroi... tidak berketul
  • Cara menyimpan -  di dalam bekas kedap udara.. 

4. Bahan segar sayur-sayuran
  • kateria sayur - warna, rasa (flavor) dan tekstur
  • Pemilihan sayur berberbeza untuk setiap jenis sayur yang berlainan. Yang penting, segar, tidak busuk atau layu, tidak berulat dan tidak berubah warna serta bentuk
  • Cara penyimpanan berbeza untuk sayur berlainan...ermmmm simpan di dalam beg politena berlubang ye... boh lam tupperware kan boleh...

5. Bahan segar daging
  • Dua jenis daging iaitu red flesh dan white flesh
  • Daging berkualiti apabila segar, tidak berlemak dan lembut
  • Cara pemilihan daging - tidak banyak lemak, tekstur lembut tapi pejal dan tidak berair, 
  • Cara menyimpan daging - Potong ikut porsi diperlukan, simpan dlm peti sejuk pada suhu -15 darjah.

6. Bahan segar poutry dan game
  • Maksudnya haiwan burung ternakan yang boleh dimakan oleh manusia..
  • Antaranya - ayam, ayam turki (belanda), itik, angsa, merpati dan puyuh..
  • Bahan ini boleh diperolehi dalam bentuk - segar,  diproses, dingin beku dan berkaleng...
  • Tips memilih - lihat kondusi kulit, isi, tulang, dada dan baunya...
  • cara menyimpan - perlu dibungkus kemas sblm disimpan di dalam ruangan sejuk beku.

7. Bahan segar ikan dan makanan laut
  • Ikan ada dua jenis iaitu ikan isi putih dan ikan isi berminyak
  • Tips memilih ikan - insang berwarna merah, segar dan tidak berbau, tekstur keras dan elastik, mata jernih, tersembul dan bercahaya serta bersisik rapat.
  • Penyimpanan ikan  -  ikan yang telah dibersihkan perlu dibungkus sebelum disimpan di dalam peti sejuk
  • Tiga jenis karangan laut iaitu - Moluska ( abelone, tiram dan kerang), krustasia (udang dan ketam) dan cephalopods (sotong dan sotong kurita)
  • Tips memilih karangan laut - berbau segar, kulit tidak berubah warna dan masih melekat serta tidak berubah bentuk dan rupa.
  • Tips penyimpanan - perlu dibalut dengan kain maslin untuk kekal lembab sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

8. Bahan segar telur 
  • Bahan multipurpose ni.. wajib ada di dalam rumah sb ia boleh dijadikan bahan utama dalam main course, dessert, salad malah sos juga..
  • Tips pilih telur - berat, tidak bergoncang, dan mempunyai pori kulit yg licin..(ye ke)
  • Tips menyimpan telur -  basuh bersih dan simpan di dalam rak khas peti sejuk...


dan kesimpulannya....



  1. Penyedia makanan perlu memilih bahan makanan yang berkualiti untuk menghasilkan hidangan yang mabless...(berkualiti jugak)
  2. Untuk memastikan bahan makanan sentiasa berkualiti, ia perlu dikendali dan disimpan dengan baik lagi betul.
  3. Kepelbagaian bahan makanan akan menghasilkan variasi dalam hidangan
  4. Kreativiti penting dalam menggolah bahan menjadi hidangan yang sedap, menarik dan berkhasiat...


emmmm...

itu laa... arakian berakhirnya Unit 8, Modul Kursus Penyediaan Makanan

adehhhh!!!!

lapar pulak rasaa....

Terima kasih semua yg baca sampai ayat ni...



No comments:

Post a Comment